Wednesday, February 16, 2011

Kebenaran Berniaga Emas dari BNM

KEBENARAN BERNIAGA EMAS OLEH BANK NEGARA MALAYSIA
Tuan,
Kami merujuk kepada emel tuan bertarikh 13 Februari 2011 mengenai perkara di atas.
Kami ingin memaklumkan bahawa aktiviti membeli atau menjual emas bukanlah di bawah bidang kuasa Bank Negara Malaysia (Bank). Sehubungan dengan ini, tiada lesen khas atau kebenaran untuk berniaga emas diperlukan daripada Bank.
Walau bagaimanapun, kami ingin menasihati pihak tuan agar berhati-hati terhadap apa-apa bentuk skim pelaburan berbentuk emas yang menawarkan pulangan yang tinggi kepada para pelabur. Jika skim pelaburan tersebut jelas menawarkan peluang pelaburan dengan mengutip wang orang ramai dan kutipan atau pelaburan tersebut diberi pulangan mengikut jangkamasa tertentu yang mana pelaburan asal juga boleh diambil semula, ianya mungkin menyalahi seksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi Kewangan (ABIK). Aktiviti pelaburan seperti yang disebut di atas adalah menyalahi undang-undang.
Sekiranya tuan melabur di sini, sebarang kerugian adalah ditanggung sendiri. Kami mengesyorkan agar tuan hanya melabur di institusi-institusi kewangan yang berlesen sahaja.
Untuk kemudahan tuan mengenal pasti sama ada sesebuah institusi kewangan/syarikat itu berlesen dengan Bank atau sebaliknya, sila rujuk senarai institusi kewangan/syarikat yang diberi lesen oleh Bank di laman web kami seperti di pautan berikut:
Sekiranya syarikat/institusi kewangan tersebut TIDAK TERSENARAI di dalam laman web kami, bermakna syarikat tersebut TIDAK DIBERI LESEN oleh Bank untuk menjalankan operasi atau menawarkan produk/perkhidmatan kewangan.
Sekiranya tuan mempunyai maklumat berkenaan pengambilan deposit secara haram ataupun urusniaga wang asing secara haram, atau mangsa kepada aktiviti atau penipuan tersebut, hantarkan maklumat terperinci atau aduan beserta dokumen-dokumen sokongan ke Bank di alamat berikut:
Unit Penyiasatan Khas
Bank Negara Malaysia
Jalan Dato' Onn
50480 Kuala Lumpur
Faks: 03-26987467
Bersama-sama ini turut dilampirkan panduan kepada pengguna berkaitan isu-isu kewangan untuk makluman.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang amaran penipuan kewangan, sila layari
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perbankan, insurans & takaful,
sila layari

Terima kasih.
Fadhilah bt Zainal Abidin
BNMTELELINK
Bank Negara Malaysia
No Tel : 1-300-88-5465
No Faks : 03-21741515
Emel: bnmtelelink@bnm.gov.my
simpanan emas menjamin masa depan

Sunday, February 13, 2011

SEMINAR CEMERLANG BERSAMA GCP 4-5 FEBRUARI 2011 HOTEL SERI MALAYSIA BAGAN LALANG SEPANG

Ucapan dari Pengarah Urusan GCP En Mohd Shamsul bin Md Ali

Ice breaking oleh En Bangidin bin Bedu ( Kaunselor )

Pemasaran Berkesan oleh Datuk Rozman Hussin, Pengarah Urusan Digicity (M) Sdn Bhd

Motivasi Usahawan Cemerlang oleh Dr. Azahari bin Othman @ Dr Luv

Ilmu Emas oleh Mahaguru Syukor Hashim, Pengasas Jutawan Emas

Ucapan Penutupan oleh Tn Hj Azhari bin Md Ali

Gambar Kenangan Peserta Seminar

GCP Terbaik

Hukum Membeli Emas Secara Ansuran

Hukum membeli emas secara ansuran.

Kitab Al Muwatta' :

Yahya meriwayatkan daripada Malik daripada Abdullah ibn Dinar daripada Abdullah ibn Umar yang Umar ibn al-Khattab menyatakan, " Jangan kamu menjual emas untuk emas kecuali sama untuk yang sama. Tidak meningkatkan sebahagiannya atas sebahagian yang lain. Jangan kamu menjual perak untuk perak kecuali sama untuk yang sama, dan tidak meningkatkan sebahagiannya atas sebahagian yang lain. Jangan kamu jual dari barang yang ada keatas barang yang tiada. Jika seseorang meminta anda menunggu untuk pembayaran sehingga dia pergi ke rumahnya, jangan kamu meninggalkannya. Saya takut rama keatas kamu." Rama ialah riba.

Yahya meriwayatkan daripada Malik yang Abu'z-Zinad mendengar Said ibn al-Musayyab berkata, "Riba hanya terdapat di dalam emas atau perak atau apa ditimbang atau diukur daripada apa yang dimakan atau minum."

Yahya meriwayatkan daripada Malik yang Yahya ibn Said mendengar Said ibn al-Musayyab berkata, "Menyembunyikan emas dan perak daripada pengedaran adalah sebahagian daripada daripada kerja fasad/kemusnahan diatas muka bumi."

Apa yang dapat kita faham dari apa yang diperkatakan oleh Saidina Umar Al khatab r.a. dan Tabiin seperti Said ibn al Mussayab bahawa :

Pertukaran EMAS dengan EMAS, dan PERAK dengan PERAK mestilah

i)Mutamathilan - mesti sama berat timbangannya. Jika tidak berlaku riba tafadhul (melibatkan penambahan berat).

ii)Mesti 'Taqabud fil hal au majlis' ( diserah dan terima dalam satu masa). Jika tidak berlaku riba an nasiah.(melibatkan penangguhan).

Masalah yang kita hadapi sekarang ialah ulamak moden telah mengqiaskan hukum wang kertas bersamaan dengan hukum emas. Oleh sebab demikian mereka mengatakan hukum membeli emas dengan wang kertas secara ansuran adalah riba an nasiah kerana melibatkan penangguhan. Sila rujuk Ust. Zaharuddin dalam website beliau.

Bagi yang memahami asal usul wang kertas , tak mungkin wang kertas diqiaskan dengan emas kerana ia akan merosakkan seluruh hukum - hakam berkaitan riba seperti yang dijelaskan oleh ulamak – ulamak terdahulu. Bahkan dengan mengqiaskan wang kertas sama dengan emas menyebabkan orang awam tidak perlu lagi pada dinar dan dirham kerana sudah ada pengganti pada emas iaitu wang kertas.

Wang kertas bukan emas , jadi harus menukarkannya dengan emas secara ansuran.

Wallahu’ alam.

Kuliah Muamalat : Dinar dan dirham dalam muaalat Islam
21 November 2009 (Sabtu ) Lepas solat Maghrib
Masjid Sg. Ular, Kulim , Kedah

klik di sini utk baca Teks asal

simpanan emas menjamin masa depan
www.gcp.com.my

Friday, February 11, 2011

JOM MULAKAN SIMPANAN EMAS

Bagaimana saya nak mulakan simpanan emas? tentulah jawapannya kena ada duit. Betul tak?
Sebelum ni kita hanya buat simpanan kalau ada lebih duit gaji di bank. Macam saya setiap bulan buat potongan gaji ke tabung haji. Kadang-kadang ada juga ejen insuran suruh kita menabung melalui caruman setiap bulan kepada syarikat insuran. Alasannya kita dan keluarga kita dilindungi insuran dan bila cukup tempoh matang kita boleh dapat semula duit yang kita carumkan setiap bulan tu. jadi di hari tua kita ada simpanan yang banyak. Pendek kata, panjang pun kata, sebelum tahu tentang faedah emas ni kita hanya tahu simpan duit kertas aje. Apa kata kalau kita simpan emas pula.

Sebab apa pulak nak simpan emas? Sebab emas ni bernilai, Semakin lama kita simpan, semakin tinggi nilainya. duit kertas kita tu semakin lama kita simpan, ditambah pula kenaikan kadar inflasi, semakin susut lah nilainya.kalau hari ni sekilo ayam rm7.00 tak mustahil tahun depan, dengan rm7.00 tu kita hanya boleh beli 2 peha ayam jer.

Sekarang saya nak berkongsi dengan anda cara untuk memulakan simpanan emas.

1. simpan emas fizikal
Ada 4 jenis emas fizikal yang biasa pengumpul emas simpan buat koleksi iaitu:-
1. barang kemas macam rantai, subang, gelang tangan dsb.
2. Syiling emas / dinar
3. bar / wafer
4. Jongkong

2. Simpan emas dengan buku akaun
Ada 2 buah bank di malaysia yang buat macam ni iaitu:-
1. Public Bank
2. Maybank

Sekarang anda bolehlah buat kira-kira duit yang ada sebelum tetapkan untuk mulakan simpanan dengan cara yang mana satu ye...

Dah buat kira-kira duit yang ada? kalau sudah, anda tetapkan pula nak buat simpanan yang mana satu.

Cadangan saya yang pertama

kalau anda sukakan emas fizikal dan takde masalah untuk menyimpan untuk jangka masa yang lama anda boleh lah simpan emas fizikal. "Best tau dapat pegang emas ni. rasa macam orang kaya je dapat pegang emas banyak-banyak. Jangan sampai riak,sombong dan bongkak dah la yer".
Anda bolehlah peruntukkan duit lebih anda setiap bulan tu untuk beli dinar, kalau 1 bulan kumpul 1 dinar, setahun dah ada 12 dinar. Banyak tu...

Cadangan saya yang kedua

Kalau anda rasa takut nak simpan banyak2 emas fizikal tu, anda boleh buka GOLD INVESTMENT ACCOUNT (GIA) di Public Bank atau Maybank.
Caranya anda pergi ke kaunter perkhidmatan pelanggan dan bagitau pada staf yang bertugas yang anda nak buka buku pelaburan emas. nanti staf tu akan bagitau la caranya...
(Dengar citer Public Bank benarkan tukar GIA tu di HQ sahaja. Sekarang ni tengah runding dengan Habib Jewels supaya pelanggan boleh tukar GIA dengan barang kemas di Habib Jewels)

Bagi akaun simpanan emas ni anda kena 'monitor' selalu harga emas kat Public Bank dan Maybank. Kalau naik jual kalau turun beli. Websitenya ialah:-

http://www.pbebank.com/en/en_content/personal/rates/goldinvest.html

http://www.maybank2u.com.my/mbb_info/m2u/public/treasuryRates.do?chCatId=/mbb/Personal/INV-Investment&programId=INV03-Gold&cntTypeId=0&cntKey=INV03.03

Kesimpulan

Memang tak rugi simpan emas ni. Tengok dan kaji lah graf emas 10 tahun kat posting saya sebelum ni. Beruntungnya bagi anda yang telah menyimpan emas selama 10 tahun. Simpan emas ni untuk jangka masa panjang. janganlah mengharapkan hari ni kita beli, esok boleh jual dan dapat untung. kalau kebetulan hari ni anda beli dan esok harga naik mencanak, itu dikira bonus atau tuah anda lah.
Jika anda nak membeli emas boleh lah hubungi saya. Macam2 koleksi saya ada. pilih saja yang mana berkenan di hati.

Sekian sahaja ceramah saya untuk kali ini. ada idea nanti saya tokok tambah lagi...