Wednesday, January 5, 2011

Saturday, October 16, 2010

Nak beli tapi tak ada DUIT.

Salam kepada pengunjung dan pembaca semua. Saya amat faham apa masalah yang anda hadapi untuk memiliki emas yang diidamkan. Setelah anda tahu dan faham bertapa pentingnya menyimpan emas fizikal ini, duit pula yang menjadi kekangan. Di sini saya ingin memberi jalan mudah dan dapat meringankan beban anda untuk memiliki emas.
Syiling Bunga Raya 10gram 999.9

Sebagai contoh, saya ambil ialah. Anda hendak membeli dua keping syiling emas bunga raya 10 gram 999.9. Langkah demi langkah:

Langkah 1
Jumpa dealer anda dan tanya harga yang dipersetujui. Boleh buat pengiraan sendiri berdasarkan contoh yang diberi. Katakan nilai 10gram sekarang ialah RM1500 x 2 = RM3000. Bayarkan kepada dealer anda sebanyak 35% sebagai deposit iaitu sebanyak RM1050

Langkah 2
Ajak dealer anda pergi ke Arrahnu (Agro Bank) untuk dipajak (kalau kereta finance). Setelah diproses nilai pajakan anda ialah RM3000. Nama pada resit pajakan itu adalah nama anda. Untuk kali pertama pihak Arrahnu akan memberi nilai marhum (nilai pajakan) sebanyak 65% dari nilai semasa iaitu RM1950 dan digunakan untuk membayar baki kepada dealer sebanyak 65%. Jadi sekarang urusan bayaran dengan dealer anda sudah selesai.

Langkah 3
Kiraan upah simpan dan ansuran bulanan anda dengan Arrahnu ialah.
Harga Emas 999.9 Agro Bank (Arrahnu) = RM 1500.00 x 2
Item = (10g x 2) 999.9 syiling bunga raya

Nilai Marhun
= RM 150.00 x 10g x 2
= RM 3,000.00

Kadar Pinjaman
= RM 3,000.00 x 65%
= RM 1950.00

Kadar upah simpan emas bulanan bagi setiap RM 100 ialah RM 0.75. Boleh rujuk kat sini bagi kadar upah mengikut jenis pinjaman di Agro bank terdekat

Kadar Upah Simpan Sebulan
= RM 3,000.00 x RM 0.75/100
= RM 22.50

Kadar Upah Simpan bagi 6Bulan
= RM 22.50 x 6
= RM 135.00

Sekirannya dalam tempoh pembayaran tu rezeki anda lebih dan boleh bayar cepat dari jangkaan maka ia lebih jimat kerana tidak perlu membayar upah simpan yang lebih lama. 

Selesai & boleh berkira-kira untuk memajaknya semua untuk membeli emas seterusnya. Jangan berhenti memajak untuk menambahkan koleksi emas anda. 

Harap membantu 

No comments:

Post a Comment