Monday, January 10, 2011

Wednesday, January 5, 2011

Pembelian Panik

Salam kepada semua pengunjung blog saya yang tak seberapa ni. Ini merupakan posting pertama sejak melangkah ke tahun 2011. Ketika artikel ini ditulis harga emas dunia menjunam dengan cepat iaitu dalam masa 12 jam sahaja. Harga asal US1423/oz jatuh sehingga US1374/oz. Kejatuhan sebanyak US49/oz. Untuk melihat harga semasa dunia anda boleh lihat DI SINI. Harga ini menjadi panduan semua saudagar emas dunia tetapi walaubagaimana pun ia juga dipengaruhi oleh kekukuhan matawang negara masing-masing berbanding dollar US. 
Charta harga emas untuk satu tahun

Apa yang nak saya sampaikan di sini ialah keghairahan saudagar-saudagar emas dan peminat-peminatnya secara kecil-kecilan di negara kita yang ingin mengambil untung segera atas kejatuhan ini. Semalam dalam pukul 1.30 pagi(lebih kurang) saya ada menerima dua sms dari mereka yang hendak membeli emas! Antaranya ialah "salam tuan, maaf ganggu, kalau saya nak lock harga emas skrg bole ke?" Wow! sampai begitu sekali keghairahan pembeli emas. Saya baca mesej tu sebab takut ada apa-apa kecemasan di tengah malam tapi jika dari peminat emas saya akan reply keesokan harinya.

1 comments

No comments:

Post a Comment